Posts

Hobi Saya

Hobi Saya Hai. Nama saya ialah Ferra Aryanna Binti Dato Ahmed Farriq. Saya berumur 11 tahun. Saya kelas 5 Arif.         Hobi saya ialah membuat latihan dan tengok Youtube. Pada masa lapang saya, saya bermain dengan adik-beradik saya di luar rumah seperti kejar-mengejar, bermain badminton dan banyak lagi. Saya akan membuat adik-beradik saya terhibur dan gembira.         Pada waktu malam, saya akan telefon kawan-kawan saya atau ibu saya. Saya sangat gembira kerana saya dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

Sukan dan Permainan

Sukan dan Permainan Hai. Nama saya ialah Ferra Aryanna Binti Dato Ahmed Farriq. Saya berumur 11 tahun. Saya kelas 5 Arif.   Bagi sukan, saya menyertai ping pong manakala permainan saya tidak sertai apa-apa kelab teteapi, saya suka main congkak.   Saya sangat gembira kerana sekolah saya membuat kelab-kelab begini untuk kebaikan pelajar-pelajar di sekolah saya. Sekolah saya juga membuat aktiviti-aktiviti pada waktu Pendidikan Jasmani juga seperti bermain bola sepak, bola beracun dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik.

Unit Beruniform yang Saya Sertai

Image
Unit Beruniform Yang Saya Sertai   Hai. Nama saya ialah   Ferra Aryanna. Saya berumur 11 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Setiabudi. Unit beruniform saya ialah Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Saya menyertai Puteri Islam dari darjah 5. Puteri Islam mempunyai 3 baju. Baju Kurung, Baju Riadah dan Baju Kawad. Tudungnya berwarna merah jambu. Puteri Islam sangat menarik dan seronok kerana Puteri Islam membuat pelbagai aktiviti seperti bola beracun, melipat baju, mengisi buku log dan sebagainya. Saya menyertai satu Pertandingan Buku Log daerah Gombak di SMK Sungai Pusu. Saya mendapat tempat kedua. Saya sangat bangga kerana mendapat tempat kedua.

Keluargaku

Image
                                             Keluargaku Assalamualaikum. Nama saya Ferra Ayanna Binti Dato' Farriq Ahmed Farriq. Umur saya 11 tahun. Nama ayah saya ialah Dato' Ahmed Farriq Bin Zainul Abidin. Beliau bekerja sebagai ahli perniagaan. Nama emak saya ialah Siti Zaidatul Fiza Binti Abdul Halim. Saya mempunyai 5 adik beradik. Saya ialah kakak pertama. Adik kedua saya bernama Feeya Adyrra Binti Dato Ahmed Farriq. Umurnya ialah 10 tahun.  Adik ketiga saya pula bernama Farrisya Aurellia Binti Dato Ahmed Farriq. Umurnya 3 tahun. Adik keempat saya pula bernama Ayden Faiq Khan. Umurnya setahun. Adik kelima saya pula bernama Siti Aleena Adra. Terima kasih. 

Percutian Ke London

Image
Percutian Ke London Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya pergi ke London, UK. Saya mengemas barang barang saya untuk pergi ke London. Saya megemas baju sejuk kerana cuaca di London pada waktu itu sejuk.       Selepas itu, kami ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pergi ke London. Di kapal terbang, saya dan adik saya menonton cerita. Kami tidur kerana mengantuk. Kami dikejut oleh pramugari untuk makan. Saya memilih Nasi Lemak untuk makan. Setelah sampai di Lapangan Terbang London, kami turun daripada lapangan terbang.       Setelah kami berada di London, kami memasuki bilik kami. Biliknya agak kecil, tetapi muat untuk satu keluarga saya. Kami berehat di bilik kerana penat.           Keesokan harinya, kami pergi ke Primark untuk membeli-belah. Saya membeli banyak barang untuk saya dan kawan-kawan saya. Selepas itu, saya ke Tralfagar Square untuk mengambil gambar...