Percutian Ke London
Percutian Ke London
Pada cuti sekolah yang
lalu, saya dan keluarga saya pergi ke London, UK. Saya mengemas barang barang
saya untuk pergi ke London. Saya megemas baju sejuk kerana cuaca di London pada
waktu itu sejuk.
Selepas itu, kami ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pergi
ke London. Di kapal terbang, saya dan adik saya menonton cerita. Kami tidur
kerana mengantuk. Kami dikejut oleh pramugari untuk makan. Saya memilih Nasi
Lemak untuk makan. Setelah sampai di Lapangan Terbang London, kami turun
daripada lapangan terbang.
Setelah kami berada di London, kami memasuki bilik kami.
Biliknya agak kecil, tetapi muat untuk satu keluarga saya. Kami berehat di
bilik kerana penat.
Keesokan
harinya, kami pergi ke Primark untuk membeli-belah. Saya membeli banyak barang
untuk saya dan kawan-kawan saya. Selepas itu, saya ke Tralfagar Square untuk
mengambil gambar. Saya pergi ke banyak tempat lagi.
Comments
Post a Comment