Posts

Showing posts from July, 2019

Keluargaku

Image
                                             Keluargaku Assalamualaikum. Nama saya Ferra Ayanna Binti Dato' Farriq Ahmed Farriq. Umur saya 11 tahun. Nama ayah saya ialah Dato' Ahmed Farriq Bin Zainul Abidin. Beliau bekerja sebagai ahli perniagaan. Nama emak saya ialah Siti Zaidatul Fiza Binti Abdul Halim. Saya mempunyai 5 adik beradik. Saya ialah kakak pertama. Adik kedua saya bernama Feeya Adyrra Binti Dato Ahmed Farriq. Umurnya ialah 10 tahun.  Adik ketiga saya pula bernama Farrisya Aurellia Binti Dato Ahmed Farriq. Umurnya 3 tahun. Adik keempat saya pula bernama Ayden Faiq Khan. Umurnya setahun. Adik kelima saya pula bernama Siti Aleena Adra. Terima kasih. 

Percutian Ke London

Image
Percutian Ke London Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga saya pergi ke London, UK. Saya mengemas barang barang saya untuk pergi ke London. Saya megemas baju sejuk kerana cuaca di London pada waktu itu sejuk.       Selepas itu, kami ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pergi ke London. Di kapal terbang, saya dan adik saya menonton cerita. Kami tidur kerana mengantuk. Kami dikejut oleh pramugari untuk makan. Saya memilih Nasi Lemak untuk makan. Setelah sampai di Lapangan Terbang London, kami turun daripada lapangan terbang.       Setelah kami berada di London, kami memasuki bilik kami. Biliknya agak kecil, tetapi muat untuk satu keluarga saya. Kami berehat di bilik kerana penat.           Keesokan harinya, kami pergi ke Primark untuk membeli-belah. Saya membeli banyak barang untuk saya dan kawan-kawan saya. Selepas itu, saya ke Tralfagar Square untuk mengambil gambar...